我院学生杨秋实获“马来语的辉煌年代”主题诗歌朗诵比赛季军

发布单位:外国语言文化学院马来语专业编辑:刘雨君 图:张静灵 杨秋实 文 :张静灵 施馨婷发布日期:2021/12/15浏览量:523

以“马来语的辉煌年代”为主题的Dekad Bahasa 3.0马来语系列比赛获得了马来西亚驻华大使馆教育处的支持,由驻鄂、陕、川、苏、津五省市的马来西亚留学生会共同举办。比赛项目包括歌唱、配音、诗歌朗诵、知识竞赛及新闻播报等。该活动邀请了中马两国学界和业界的知名专家担任评审,吸引了中马两国数百名大学生参赛。  

Dekad Bahasa 3.0 yang bertemakan “Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu” merupakan siri pertandingan bahasa Melayu yang disokong oleh Jabatan Pendidikan Kedutaan Malaysia di China. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia di Hubei (AMSIH), Persatuan Pelajar Malaysia di Shaanxi (AMSISX), Persatuan Pelajar Malaysia di Jiangsu (MSAJS), Persatuan Pelajar Malaysia di Sichuan, China (MSASC) serta Persatuan Pelajar Malaysia di Tianjin (MSAT). Terdapat beberapa pertandingan dalam program ini, seperti pertandingan nyanyian, pertandingan melakonkan suara drama dan filem, pertandingan kuiz, pertandingan deklamasi sajak serta pertandingan penyiaran berita. Pakar-pakar bahasa Melayu yang berasal dari China dan Malaysia diundang sebagai juri pertandingan. Lebih daripada seratus mahasiswa kedua-dua negara menyertai program ini.

  

2021级马来语专业的同学们积极参赛。在我院教师张静灵、王荷蓬的指导下,他们努力备赛,顺利地完成了歌唱作品、配音作品的提交和诗歌朗诵作品的精彩呈现。  

Di bawah bimbingan Dr. Zhang Jingling dan Cik Wang Hepeng,mahasiswa-mahasiswa dari Jurusan Bahasa Melayu Universiti Komunikasi China (CUC) berjaya menghantar video nyanyian dan filem yang dialih suara. Mereka juga mendeklamasi sajak melalui internet dengan bersemangat.


  

其中,杨秋实同学和北京外国语大学马来语专业的孙子畅同学在马来语诗歌朗诵比赛中荣获季军。他们共同朗诵了乌斯曼·阿旺(Usman Awang)的作品《新世纪的友谊歌(Lagu Persahabatan Abad Baru)》,展现了人类对团结友爱、合作发展的愿望。

Yang Qiushi dan rakan sekumpulannya Sun Zichang, mahasiswa Beijing Foreign Studies University telah memperoleh tempat ketiga dalam Pertandingan Deklamasi Sajak. Mereka mempersembahkan sajak “Lagu Persahabatan Abad Baru” karya Usman Awang yang menggambarkan harapan manusia terhadap perdamaian, persahabatan dan kerjasama.

  


虽然学习马来语的时间很短,但21级马来语班的同学们仍积极参赛锻炼自我,在比赛中展现当代大学生的风采,与兄弟院校的同学们建立了深厚的友谊。通过这次比赛,同学们对马来语有了更深入的了解,对马来西亚文化产生了浓厚的兴趣。未来,同学们将会更加努力学习专业知识,完善充实自己,为中马两国的人文交流做出贡献。

Walaupun baru belajar bahasa Melayu selama dua bulan, tetapi mereka aktif menyertai program ini untuk menyelami dunia bahsa Melayu. Melalui program ini, mereka bukan sahaja membelajari lebih banyak tentang bahasa Melayu dan kebudayaan Malaysia, tetapi juga menjadi lebih akrab dengan mahasiswa-mahasiswa dari universiti-universiti yang lain. Mereka akan terus belajar dengan giat untuk memperkukuh jambatan persaudaraan China dan Malaysia.